Malaysia Oversight

Jangan gadai kedaulatan sijil halal dalam perjanjian AS

By MkiniBM in October 29, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan gadai kedaulatan sijil halal dalam perjanjian AS


Parti Amanah Negara menegaskan bahawa aspek kedaulatan dalam pensijilan halal Malaysia perlu dipertahankan dalam Perjanjian Dagang Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Presidennya, Mujahid Yusof Rawa, merujuk satu klausa perjanjian yang berbunyi: “Malaysia hendaklah memperkemas prosedur untuk pensijilan halal bagi eksport makanan dan pertanian AS, sambil mengekalkan kuasa kawal selia domestik.”

Menurutnya, Amanah mahu memastikan segala urusan pensijilan halal kekal berada di bawah satu pihak berkuasa yang sah.

“Amanah menggesa Malaysia berpendirian tegas supaya kedaulatan halal negara (halal sovereignty) dipertahankan di mana Jakim (Jabatan Kemajuan Malaysia) kekal sebagai badan berautoriti tunggal sebagai penentu kepada segala produk makanan dan pertanian yang memasuki negara ini daripada AS.

f99085dfd52125317472940cf120f678

“Malaysia hanya bersetuju untuk memperkemas prosedur import makanan dan pertanian (streamline), bukan bermakna melonggarkan standard halal yang sedia ada.

“Amanah berpandangan bahawa isu halal perlu dilihat melalui lensa Siyasah Syar‘iyyah — politik pentadbiran berasaskan hikmah dan maslahat,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, menegaskan ART Malaysia-AS mengandungi jaminan terhadap kedaulatan negara.

Katanya, sebarang pelaksanaan perjanjian mestilah selari dengan undang-undang domestik dan kepentingan keselamatan ekonomi negara.

e519da14d4f5e4ccbd3180520f5b3c17

“Sebagai contoh, Artikel 5.1.1 tidak sepatutnya dilihat sebagai Malaysia secara membuta tuli mengikut apa jua sekatan AS yang dikenakan ke atas negara lain.

“Sebaliknya, peruntukan tersebut, melalui frasa ‘mengikut undang-undang dan peraturan domestik’ dan ‘dalam garis masa yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak,’ memberi Malaysia ruang undang-undang dan diplomatik untuk mengelak daripada mengambil tindakan ke atas negara-negara lain,” kata Zafrul pada sesi penerangan khas di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mujahid menegaskan setiap pensijilan halal asing tetap perlu melalui proses ketat kawal selia tempatan.

Mujahid berkata Madani perlu memastikan setiap sijil halal asing yang ingin diiktiraf mesti melalui proses audit Jakim dan kekal di bawah senarai ‘Foreign Halal Certification Bodies’ rasmi.

e936cf0d67ef138d8ec2ecf2da244739

“Malaysia juga harus mengekalkan dasar ‘Halal Sovereignty’ — iaitu kawalan penuh terhadap label halal, sumber bahan mentah, dan rantaian bekalan makanan yang masuk ke negara ini.

“Amanah mengalu-alukan langkah kerajaan menubuhkan Majlis Pematuhan Halal Nasional (Halal Compliance Council) yang akan melibatkan JAKIM, MITI, dan KPDN untuk menilai sebarang isu teknikal berkaitan produk import dari Amerika.

“Inisiatif ini bukan sahaja menjaga kepercayaan umat , malah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global dunia ,” katanya lagi.



Source link