Malaysia Oversight

Perobohan rumah Kg Papan ditunda: Penduduk masih trauma

By MkiniBM in October 29, 2025 – Reading time 2 minute
Perobohan rumah Kg Papan ditunda: Penduduk masih trauma


Proses perobohan rumah penduduk Kampung Papan, Pandamaran yang pada awalnya dijadualkan berlangsung Isnin lalu, telah ditangguhkan ke 10 November. Penangguhan itu dimaklumkan menerusi notis pengosongan baharu yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan penduduk menerima notis berkenaan pada Isnin.

Menurutnya, notis tersebut menetapkan tempoh 14 hari dari tarikh dikeluarkan untuk semua penghuni mengosongkan kediaman masing-masing.

Penduduk juga diarahkan berpindah secara aman sebelum atau pada jam 9 pagi, 10 November 2025.

300e9aa50440b6aa1a31b0bef9901a81

Berdasarkan petikan notis itu, kegagalan mematuhi arahan akan membolehkan bailif (pegawai mahkamah) menggunakan kekerasan bagi mendapatkan kembali hak milik harta terbabit.

Namun, Arutchelvan menegaskan penduduk tetap berpegang kepada jaminan Menteri Besar , Amirudin Shari, mengenai status rumah yang masih berpenghuni.

“Kami terus berpegang pada janji MB hanya rumah kosong saja dirobohkan. Rumah yang masih didiami penduduk tidak boleh dirobohkan,” katanya.

Katanya lagi, penduduk berdepan tekanan berikutan notis pengosongan yang dikeluarkan berulang kali.

7b7d4169eab3e9cfae7d31fafa8a157b

“Para penduduk masih rasa tidak selesa dengan notis berterusan yang dilihat sebagai satu gangguan emosi dan trauma.

“Kami berharap memulakan proses penempatan alternatif tetap seperti yang dijanjikan, selain menyediakan rumah sementara atau sewa yang munasabah sehingga rumah ganti disediakan,” katanya.

Sebelum ini, pada 23 Oktober lalu, hasil perbincangan antara Arutchelvan dan wakil penduduk bersama Exco Perumahan , Borhan Aman Shah, serta Pandamaran, Leong Tuck Chee, telah membawa kepada arahan supaya pemaju menangguhkan perobohan.

Setakat ini, kerja-kerja perobohan hanya dibenarkan kepada rumah dan premis perniagaan yang kosong sahaja sementara menunggu proses rundingan penempatan semula diselesaikan.



Source link