KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bagi meneliti secara menyeluruh cadangan pelantikan Ahli Majlis di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti disyorkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi memastikan sebarang pelaksanaan tidak bertindih dengan undang-undang sedia ada serta selaras dengan struktur pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur. Beliau berkata,…






