Malaysia Oversight

Ingat tegaskan ganjaran RM50,000 untuk kesan bekas suami Indira Gandhi

By MkiniBM in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
Ingat tegaskan ganjaran RM50,000 untuk kesan bekas suami Indira Gandhi


Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) sekali lagi mengumumkan ganjaran RM50,000 bagi pemberi maklumat berhubung keberadaan Muhammad Riduan Abdullah yang juga bekas suami Indira.

Pengerusi Ingat, Arun Dorasamy berkata, berdasarkan petunjuk Riduan dikatakan berada di , Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Malah, dia tidak menolak kemungkinan Riduan diseludup ke negara jiran Thailand.

“Ingat menawarkan ganjaran tunai sebanyak RM50,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat atau bukti sahih yang membawa kepada penemuan, penangkapan, atau lokasi sebenar pelarian Riduan Abdullah @ Patmanathan Krishnan, yang kini dikehendaki kerana kes penculikan anak dan penghinaan terhadap Perintah Mahkamah Persekutuan Malaysia.

“Kami turut mengesyaki adanya sokongan langsung atau tidak langsung daripada pertubuhan agama ekstremis, NGO atau kumpulan politik, serta institusi agama negeri tertentu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

5f456ba6d2f00b38ecbe4fbed3bdbf2e
Ganjaran lama sebelum dinaikkan ke lima kali ganda

Pada 23 Feb 2019, Ingat menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai Muhammad Riduan yang meninggalkan rumah bersama anak perempuan mereka berusia 11 bulan, Prasana Diksa pada tahun 2009.

Ganjaran bernilai RM10,000 itu dibuat selepas hampir 10 tahun Riduan mengambil Prasana dan secara sepihak menukar tiga agama anaknya kepada pada tahun 2009.

Setahun kemudian, ganjaran itu dinaikkan kepada RM50,000.

Arun turut mengajak orang ramai membantu menjejaki individu berkenaan serta mana-mana pihak yang disyaki melindungi atau bersubahat dengannya.

3c265f3ff40ae15309b44683a27a9e31
Indira Gandhi

“Semua maklumat akan dikendalikan dengan kerahsiaan sepenuhnya dan akan disemak oleh pasukan siasatan dan perundangan ingat bersama pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya lagi.



Source link