Malaysia Oversight

MAE Kini Berusia 5 Tahun – Mempunyai 10.7 Juta Pengguna, Tawar Promosi Pulangan 5% p.a

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
MAE Kini Berusia 5 Tahun – Mempunyai 10.7 Juta Pengguna, Tawar Promosi Pulangan 5% p.a


MAE Kini Berusia 5 Tahun – Mempunyai 10.7 Juta Pengguna, Tawar Promosi Pulangan 5% p.a

October 29, 2025
Kewangan

Aman

MAE merupakan aplikasi perbankan dan dompet digital bawah Maybank. Ia telah ditawarkan sekitar 5 tahun lepas, dan kini telah menjadi aplikasi perbankan utama Maybank, dan aktif digunakan ramai pada setiap hari.

MAE 5 Tahun

Menurut Maybank, kini 9 daripada 10 pengguna MAE menggunakannya secara aktif setiap hari untuk transaksi harian. Secara keseluruhan, MAE mempunyai 10.7 juta pengguna pada hari ini, dan mempunyai pegangan pasaran sekitar 48% dalam arena perbankan mudah-alih. Sejak dilancarkan lima tahun lepas, kini MAE telah menguruskan transaksi berjumlah lebih RM4 trilion melaluinya.

Selari dengan ulang-tahun ke-5, kini MAE hadir dengan promosi dan ganjaran khusus untuk pengguna MAE. Bermula 30 Oktober sehingga 31 Januari 2026, pelanggan boleh menerima pulangan 5% p.a atas simpanan deposit minimum RM200 pada dompet MAE. Untuk mendapatkan pulangan berkenaan, pengguna perlu melakukan input “MAETurns5” pada bahagian rujukan penerima, sebelum 30 November 2025. Jumlah deposit berkenaan juga perlu dikekalkan sehingga tamat kempen berkenaan. Bagi anda yang berminat, boleh turut merujuk laman rasmi Maybank hari ini.

MAE5

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link