Malaysia Oversight

Warga siber puji usaha Anwar kemudi kepengerusian Asean

By MkiniBM in October 29, 2025 – Reading time 3 minute
Warga siber puji usaha Anwar kemudi kepengerusian Asean


Perkongsian sekeping gambar Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim di laman Facebook rasminya tanpa sebarang kapsyen, sebaliknya hanya disertai dengan satu noktah menarik perhatian warga siber.

Hantaran dimuat naik pada petang Isnin memaparkan Perdana Menteri sedang membersihkan cermin matanya ketika berada di dalam sebuah kenderaan mendapat 32,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen.

Di ruangan komen, ribuan pengguna Facebook merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri (PMX) atas kesungguhan serta kejayaan beliau mengemudi Kepengerusian Malaysia tahun ini, yang menyaksikan penganjuran cemerlang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berakhir semalam.

Antara komen termasuk daripada AT Tan yang memuji keupayaan Perdana Menteri menangani jadual padat semasa sidang kemuncak: “Very tiring meeting and dialogue… none of our previous PM did this before, meet and usher more than 20 world leaders at the same time.” (Mesyuarat dan dialog yang sangat meletihkan… tiada seorang pun Perdana Menteri sebelum ini pernah melakukan perkara sebegini, bertemu dan menyambut lebih 20 pemimpin dunia pada masa sama).

Norzil Mat pula menyuarakan pandangan penuh empati terhadap keperibadian Perdana Menteri: “Majority of Malaysian are proud of you PMX (Majoriti rakyat Malaysia bangga dengan PMX). Mohon Allah tetapkan pahala atas segala usaha bakti PMX. Bukan suatu tugas yang mudah, tapi Datuk Seri telah melakar satu sejarah yang hebat”.

322fbb7ae8926d327a6dde087d5c7d4c

Sementara itu, Jia Chean Lim menyatakan rasa bangga terhadap kepimpinan negara: “Malaysia terus bersinar di pentas ASEAN! Terima kasih PMX atas visi dan kepimpinan yang hebat. Bangga jadi rakyat Malaysia!,”.

Mohd Hasni Izuwan pula berkongsi pandangan penuh penghargaan terhadap ketokohan Perdana Menteri: “Composure, wisdom and focus, a leader deep in thought for the nation’s future. TQ Sir Ibrahim, history will record and remember your tireless struggle for Malaysia!”. (Tenang, bijaksana, dan fokus, seorang pemimpin yang sentiasa fikirkan masa depan negara. Terima kasih Ibrahim, sejarah tercipta dan akan mengenang perjuangan tanpa lelah anda untuk Malaysia!)

Seorang lagi pengguna, Norh Fork meninggalkan komen ringkas: “Sometime being silent was the best way to conquer the negative approaches,” (Ada kalanya, diam itu langkah paling bijak untuk menghadapi tanggapan negatif).

“Rehatlah wahai PMX. Banyak dah lelah ke sana ke sini. Semoga Allah melindungi DS (Datuk Seri),” tulis Mohd Saiful manakala Vigneswary Jeevajothy menulis “Thank you, Datuk Seri, for all your efforts and hard work for the nation. You’re doing an amazing job. Please take care and stay healthy always”. (Terima kasih Datuk Seri, atas segala usaha dan kerja keras untuk negara. Datuk Seri telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Jaga kesihatan dan semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.)

f64d35460cff2152e40aad26102cdd46

Moona Ka pula meninggalkan komen “Cambodian people would like to respect and thank you so much for your great work on the ceasefire signing agreement” (Rakyat Kemboja ingin merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan ucapan terima kasih atas usaha besar Datuk Seri dalam kejayaan menandatangani perjanjian gencatan senjata” manakala Sodalin Sok menambah “Besides, Malaysian people love u, now u earn much love from Cambodian people, sir” (Selain rakyat Malaysia, Datuk Seri kini turut mendapat kasih sayang daripada rakyat Kemboja).

Semalam, ketika berucap pada majlis penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Anwar berkata Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan semangat perpaduan, kesabaran dan kepimpinan yang mantap.

Anwar berkata kejayaan blok serantau itu bukan sahaja diukur menerusi pemeteraian dokumen sebaliknya disiplin untuk bertindak dengan sabar, membangun mengikut rentaknya sendiri dan kekal tenang dalam ketidaktentuan.

4c81e96e3cfb5e5cb5c2f207e0d14b7c

Sejak mengambil alih daripada Laos, Malaysia telah menumpukan kepada usaha memperkukuh perpaduan, keterangkuman dan kemampanan.

Dua pencapaian penting yang menandakan kejayaan sepanjang kepengerusian ini, iaitu kemasukan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN serta pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Kemboja dan Thailand.

Sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967, ini kali kelima Malaysia menggalas tanggungjawab selaku pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Semalam juga Malaysia secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina, secara simboliknya menandakan peralihan kepimpinan ketika Malaysia memasuki fasa akhir selaku pengerusi bagi 2025.

– Bernama



Source link