Malaysia Oversight

Trump menuju Korea Selatan, tumpuan pada pertemuan bersama Jinping

By Utusan in October 29, 2025 – Reading time 2 minute
Trump menuju Korea Selatan, tumpuan pada pertemuan bersama Jinping


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald berlepas ke Korea Selatan pada Rabu bagi menghadiri pertemuan penting dengan pemimpin , Xi Jinping, mesyuarat yang dijangka mampu menghasilkan gencatan dalam perang perdagangan yang berlarutan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Lawatan dua hari ke Korea Selatan yang juga sekutu utama AS merupakan destinasi ketiga dalam siri kunjungan beliau ke Asia selepas disanjung di sidang kemuncak serantau di Malaysia dan dipuji sebagai ‘pendamai’ oleh Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi.

Namun tumpuan dunia termasuk pasaran global kini terarah kepada pertemuan yang dijadualkan pada Khamis, kali pertama dalam tempoh enam tahun dan Xi duduk semeja.

Pertemuan itu bakal menentukan sama ada AS dan mampu menghentikan perang perdagangan yang  menggugat rantaian bekalan antarabangsa.

Kedua-dua pihak, perunding dari Beijing dan Washington mengesahkan satu rangka kerja sudah dipersetujui.

Kini terpulang kepada Trump dan Xi, yang akan bertemu di luar sidang Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di bandar Gyeongju, untuk memuktamadkannya.

Penganalisis Kumpulan Krisis Antarabangsa, William Yang, bagaimanapun berkata terdapat ‘ketidakserasian’ dalam jangkaan kedua-dua pihak.

“AS berhasrat mencapai apa-apa perjanjian perdagangan yang boleh diisytiharkan Trump sebagai ‘kemenangan’, manakala pula lebih menumpukan kepada pembinaan semula kepercayaan bersama, pengurusan perbezaan lama, serta penstabilan hubungan perdagangan dua hala,” katanya.

Lawatan Trump ke Korea Selatan berlangsung selepas dua hari di Jepun, di mana perdana menteri baharu berhaluan konservatif, Takaichi, memuji era baharu hubungan dua hala sebagai ‘zaman keemasan’.

Takaichi melimpahkan pujian terhadap Trump, malah menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau bagi Hadiah Keamanan Nobel.

Takaichi turut menghadiahkannya sebatang kayu golf milik mendiang bekas Perdana Menteri Shinzo Abe yang juga sahabat rapat Trump.

Di Korea Selatan, Trump dijangka menerima replika mahkota emas dari era purba Silla sebagai tanda penghormatan.





Source link