Malaysia Oversight

YouTube Menghadkan Penyebaran Kandungan Permainan Video Ganas dan Berunsur Judi

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
YouTube Memberikan Peluang Kedua Kepada Pemilik Saluran Yang Pernah Diharamkan


YouTube Menghadkan Penyebaran Kandungan Permainan Video Ganas dan Berunsur Judi

October 29, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Akses menonton kandungan video di YouTube telah diperketatkan lagi pagi ini. Kali ini kandungan permainan video yang memaparkan aksi ganas melampau serta mempunyai unsur judi tidak boleh ditonton pengguna bawah umur atau tanpa log masuk ke dalam akaun. Garis panduan ini dikuatkuasakan bermula 17 November. Semua video yang jatuh ke dalam kategori ini akan dihalang sekiranya akaun YouTube mengaktifkan ciri Restricted Mode.

YouTube Content ID

Kandungan ganas yang berterusan seperti permainan Call of Duty atau Mortal Kombat adalah antara yang kini dihalang. Pemilik saluran tidak lagi boleh melakukan zum pada babak yang ganas jika tidak mahu penyebaran video mereka dihadkan. Mereka boleh mengaburkan aksi-aksi ini bagi mengelakkan video dihadkan.

Kandungan judi seperti kasino, kotak tikam, dan pembelian skin juga kini akan mula dihadkan. Langkah ini diambil oleh YouTube untuk memastikan penonton bawah umur tidak didedahkan kepada kandungan yang tidak sesuai untuk mereka. Sistem kawalan umur YouTube membolehkan ibu meletakkan had-had ini menerusi tetapan akaun anak-anak atau kawalan Google Family Link. Bagi pengguna dewasa, garis panduan ini tidak akan memberikan impak ke atas kandungan yang boleh ditonton.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link