Malaysia Oversight

JD Vance yakin gencatan senjata Gaza kekal walau berlaku ‘pertempuran kecil’

By Utusan in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
JD Vance yakin gencatan senjata Gaza kekal walau berlaku ‘pertempuran kecil’


WASHINGTON: Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance menegaskan gencatan senjata di Gaza masih kekal walaupun terdapat ‘pertempuran kecil’ selepas Israel melancarkan serangan udara dan menuduh Hamas menyerang tenteranya.

“Gencatan senjata masih bertahan. Itu tidak bermaksud tiada pertempuran kecil berlaku.

“Kami tahu Hamas atau pihak lain di Gaza menyerang seorang tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Kami menjangka Israel akan bertindak balas tetapi saya percaya keamanan yang diusahakan Presiden AS akan terus kekal,” tambahnya.

Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam beberapa serangan udara yang menyasarkan pelbagai kawasan di wilayah Palestin itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum itu mengarahkan serangan besar-besaran ke atas Gaza.

Vance merupakan antara beberapa pegawai kanan AS yang bergegas ke Israel minggu lalu bagi memperkukuh gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas yang diusahakan Presiden AS, Donald awal bulan ini.

sendiri melawat Israel dan Mesir pada 13 Oktober, sambil mengisytiharkan akhirnya mencapai keamanan di Asia Barat.-AFP





Source link