Malaysia Oversight

Malaysia dan Australia perkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor

By TheSun in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, pendidikan, pertanian, keselamatan siber serta keamanan serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menyifatkan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, sebagai sangat ikhlas dan terbuka.

Beliau menegaskan komitmen bersama untuk meningkatkan hubungan dua hala dari segi perdagangan, pelaburan dan usaha sama.

memuji kehadiran kukuh Australia di Malaysia dengan merujuk kepada keputusan Monash University untuk membangunkan kampus di Tun Razak Exchange.

Kedua-dua juga bekerjasama rapat dalam sektor utama seperti halal, pertanian dan pendidikan.

Perbincangan turut menyentuh bidang kerjasama baharu termasuk tenaga, belia, sukan dan keselamatan siber.

menzahirkan penghargaan kepada Australia atas pendirian jelas berhubung konflik di Gaza.

Beliau berterima kasih kerana Australia mengambil pendirian tegas dalam menggesa menamatkan pertempuran di Gaza.

Sementara itu, Albanese mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Anwar serta Malaysia atas kecemerlangan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.

Beliau berkata Australia melihat Asia Tenggara sebagai pusat elemen penting kepada masa hadapan negaranya.

Pelaburan bernilai satu bilion dolar oleh Universiti Monash amat signifikan dalam hubungan dua hala.

Kerjasama ekonomi, pertahanan dan keselamatan antara kedua-dua negara berada dalam keadaan yang kukuh.

Lebih 500,000 rakyat Malaysia telah menerima pendidikan di Australia dan menjadi duta antara kedua-dua negara. – Bernama


Post Views: 5



Source link