
Nilai Syarikat Apple Mencapai Nilai $4 Trilion Buat Seketika
Aman
Selepas NVIDIA dan Microsoft mencatatkan nilai syarikat melangkaui $4 trilion, kini Apple turut mengikut jejak, dan menjadi syarikat ketiga yang mencapai nilai pasaran $4 trilion secara rasminya. Angka berkenaan dicapai oleh Apple sementara ketika pasaran dibuka hari ini, selari peningkatan harga saham mereka.
Apple dijangka akan melakukan pengumuman penyata kewangan untuk suku tahunan terkini pada minggu ini, dimana ramai menyasarkan Apple akan mengumumkan pendapatan tinggi, selari jualan iPhone 17 terbaru, selain pendapatan daripada perkhidmatan dibawah mereka.
Sementara Apple dan Microsoft baru bermula pada angka $4 trilion, NVIDIA pula menikmati peningkatan drastik selari permintaan tinggi kerana kecerdasan buatan, dan membawa nilai syarikat kini $4.7 trilion, menghampiri $5 trilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






