Malaysia Oversight

Samsung Memperlihatkan Telefon Trilipat Buat Pertama Kali

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Memperlihatkan Telefon Trilipat Buat Pertama Kali


Samsung Memperlihatkan Telefon Trilipat Buat Pertama Kali

October 28, 2025
Samsung

Effi Saharudin

Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Samsung memperlihatkan rekaan telefon pintar dengan skrin trilipat mereka kepada umum ketika persidangan APEC yang berlangsung di Korea Selatan minggu ini. Peranti yang dipercayai akan menggunakan nama Galaxy G Fold ini diletakkan pada kedudukan tertutup dan terbuka dalam bekas plastik yang tidak boleh disentuh pengunjung.

Samsung Galaxy G Fold APED

Video yang dipancarkan pada bekas plastik menunjukkan peranti dibuka dengan dua “pintu” ditarik ke kiri dan kanan mengesahkan ura-ura yang didengari sebelum ini. Sebuah skrin sekunder diletakkan di luar. Masih belum diketahui bila Samsung akan melancarkan peranti trilipat pertama mereka.

Samsung Galaxy G Fold APEC

Huawei menjadi syarikat pertama menawarkan peranti trilipat ke pasaran menerusi Mate XT ULTIMATE DESIGN. Samsung menggunakan rekaan berbeza dengan Mate XT supaya skrin lipat tidak terdedah dan lebih terlindung daripada kerosakan. G Fold mungkin hadir dengan skrin 6.5″ di luar dan skrin 10″ di dalam membolehkan ia menjadi tablet bersaiz lebih besar berbanding Z Fold7.

Chosun Media

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link