Malaysia Oversight

Malaysia bersuara sebalik prinsip ‘Centrality ASEAN’ 

By Utusan in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia bersuara sebalik prinsip ‘Centrality ASEAN’ 


KUALA LUMPUR: Malaysia terus bersuara dalam setiap isu serantau meskipun prinsip Kepusatan ASEAN yang menjadi pegangan utama blok berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berkata, prinsip itu tidak seharusnya dijadikan alasan berdiam diri terhadap sebarang isu yang memberi kesan kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.

“Kita perlu berhikmah agar tidak dilihat terlalu konfrontasi, tetapi kita mesti menyuarakan perkara itu apabila ia sudah terbukti.

“Jika isu itu serius, saya akan mengambil tindakan kerana saya percaya penting bagi kita semua untuk menyatakan kebimbangan sama ada secara terbuka, tertutup, atau dalam apa jua bentuk bahawa rantau ini mesti kekal bebas,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Australia hari ini. 

Beliau mengulas tindakan di Laut Selatan baru-baru ini.

Menurut , dasar ‘Centrality ASEAN’ tidak bermaksud negara anggota perlu membisu, sebaliknya perlu terus memainkan peranan aktif dalam memastikan Asia Tenggara kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.-UTUSAN





Source link