Malaysia Oversight

MrBeast Dilaporkan Mendaftar Tanda Dagang Untuk Perkhidmatan Kewangan

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
MrBeast Bimbang Video AI Akan Memberi Impak Pada Pendapatan Para Pencipta Kandungan



MrBeast

MrBeast Dilaporkan Mendaftar Tanda Dagang Untuk Perkhidmatan Kewangan

October 28, 2025
Web 2.0

Aman

MrBeast merupakan nama yang tidak asing lagi bagi pengguna internet, terutamanya pengguna YouTube. Mempunyai saluran dengan pengikut paling tinggi di dunia, MrBeast turut telah menghasilkan kandungan eksklusif untuk Amazon Prime Video, disamping mempunyai beberapa penawaran lain, seperti coklat dan makanan lain.

Terbaru, ia dilihat MrBeast turut mendaftar tanda dagang untuk MrBeast Financial, sekaligus memberikan petanda akan turut menyertai arena kewangan. Melalui pendaftaran tanda dagang berkenaan, ia menyertakan penerangan berbentuk “sebuah aplikasi mudah-alih dan perkhidmatan atas talian yang menawarkan sejumlah perkhidmatan terdiri daripada perbankan, nasihat kewangan, pertukaran kripto, dan lain-lain.

Buat masa ini, ia sekadar pendaftaran tanda dagang, dan tiada komen rasmi pihak MrBeast berkaitan dengan perkara ini. Sebelum ini sendiri, pihak MrBeast dilihat ingin memperluaskan lagi jenama mereka, dan turut telah melantik CEO baharu dalam pengurusan syarikat berkenaan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link