PayPal Dan OpenAI Bekerjasama – Akan Membolehkan Pembayaran Terus Pada ChatGPT, Seawal 2026
Aman
PayPal hari ini mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian bersama OpenAI, sekaligus akan membolehkan dompet PayPal diintegrasikan terus pada ChatGPT, sekaligus memudahkan pengguna membuat pembayaran untuk pembelian produk mereka melalui ChatGPT.
PayPal menyasarkan integrasi ini berkuat-kuasa seawal 2026 kelak. Ini sekaligus akan membolehkan pelbagai transaksi dilakukan dengan mudah terus pada ChatGPT menggunakan PayPal.

Sebelum ini, pihak OpenAI sedia bekerjasama dengan Shopify dan mengintegrasikan sokongan membeli terus pada ChatGPT tanpa perlu meninggalkannya. Selain Shopify, OpenAI juga telah umum kerjasama bersama Etsy dan Walmart.
Dengan perkembangan ini, ia dilihat OpenAI dalam persediaan menjadi sebuah platform edagang, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, dan seterusnya melakukan pembelian tanpa meninggalkan platform chatbot berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






