Mengulas kritikan terhadap hubungan Putrajaya yang dilihat mesra dengan Washington, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan dia telah membangkitkan mengenai perang di Gaza kepada Presiden AS Donald Trump dan menggesa perjanjian damai yang lebih “komprehensif, adil dan berkekalan” yang menghormati hak Palestin.
Berucap pada sidang akhbar hari ini, Anwar berkata dia memanfaatkan sepenuhnya pertemuan empat mata dengan Trump semasa perjalanan mereka bersama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk Sidang Kemuncak Asean.
“Saya katakan bahawa walaupun saya menyokong usaha beliau (Trump) – dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan hakikat bahawa beliau agak bertekad untuk memastikan keamanan di Gaza (dan) menghentikan pembunuhan berterusan – tetapi, saya katakan jika anda bercakap tentang keamanan yang bertahan dan berkekalan, maka ia mestilah komprehensif.
“Beliau menjawab bahawa (isu ini) berada dalam fasa pertama dan mereka sedang berusaha ke arahnya,” kata Anwar.
[Laporan penuh menyusul]






