Malaysia Oversight

Sarapan, makan tengah hari, makan malam semua RM5 di ‘kedai Rafizi’

By MkiniBM in October 28, 2025 – Reading time 2 minute
Sarapan, makan tengah hari, makan malam semua RM5 di ‘kedai Rafizi’


Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan eksperimen sosial dengan penubuhan kedai makan yang menawarkan hidangan sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan harga hanya RM5.

Malah, dia juga memperkenalkan syarikat serbaneka dinamakan Fleximart yang menawarkan barangan runcit bawah harga sama.

Kedai makan itu dinamakan Kesum, gabungan perkataan “kenyang, sedap dan murah”.

Rafizi, anggota parlimen Pandan dan bekas timbalan presiden berkata usaha itu dibuat sebagai usaha menangani kos sara hidup di samping membuka peluang pekerjaan kepada anak muda.

86d7f63955d0c7c9687ef9f1d530a174

Fleximart akan beroperasi pada 1 November di Seksyen 7, Shah Alam, manakala Kesum bakal dibuka pada 8 November di Pandan Indah, dalam kawasan parlimennya.

“Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan. 

“Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri,” katanya.

Perusahaan sosial adalah model perniagaan yang memecahkan keuntungan kepada penyumbang modal, pekerja dan komuniti.

Lebih banyak keuntungan, lebih tinggi gaji pekerja dan lebih besar jumlah yang dipulangkan untuk mengekalkan harga rendah.

Rafizi mengakui model itu sebagai  eksperimen dan tidak pasti sama ada ia akan berjaya.

Namun, katanya, jika berjaya dia akan membuka lebih banyak cawangan.

Sementara itu, Rafizi mengundang orang hadir hadir ke pembukaan kedai itu, yang dia sendiri akan terlibat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Insya-Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari kru Fleximart dan Kesum pada hari itu,” katanya



Source link