Malaysia Oversight

KKM Sedang Membangunkan Sistem Penggredan Kandungan Gula Nutri-Grade Malaysia

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
KKM Sedang Membangunkan Sistem Penggredan Kandungan Gula Nutri-Grade Malaysia


KKM Sedang Membangunkan Sistem Penggredan Kandungan Gula Nutri-Grade Malaysia

October 28, 2025
Sains

Nazrin

Salah satu fokus negara ke arah negara maju ialah untuk memperbaiki mutu kesihatan rakyat. Dan salah satu cara yang digunakan oleh banyak negara-negara lain seperti di Singapura, Australia dan sejumlah negara-negara Eropah ialah pengenalan sistem pengredan kandungan gula Nutri-Grade didalam minuman yang dijual.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dilaporkan kini sedang dalam proses membangunkan sistem penggredan Nutri-Grade sendiri dan akan mengambil kira keperluan pindaan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

image 72

Sistem ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan produk minuman sedia diminum dan seterusnya minuman yang disediakan di premis jualan. Melalui pelaksanaan sistem pelabelan Nutri-Grade ini, minuman yang dikategorikan dalam gred D (>10g jumlah gula/ 100ml) akan dilarang daripada diiklankan di mana-mana platform.

Langkah ini dilihat satu cara untuk pihak memperkukuhkan kawalan terhadap pengiklanan minuman tinggi gula, sekaligus menggalakkan pihak industri dan pengusaha minuman melakukan reformulasi produk bagi mengurangkan kandungan gula dalam minuman.

Sistem penggredan Nutri-Grade Malaysia akan memfokuskan kepada kandungan gula dalam minuman setakat ini, kerana Malaysia sudahpun mempunyai label Healthier Choice Logo untuk kandungan zat-zat makanan sihat yang sudahpun mula digunakan secara sukarela. Setakat ini sebanyak 1002 produk makanan dan minuman telah mendapatkan pengiktirafan Healthier Choice Logo.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link