
Rakyat Malaysia Habiskan Purata 8 Jam Sehari Guna Internet – Paling Aktif Di Rantau Asia Tenggara
Aman
Kementerian Komunikasi kini berkongsi memetik laporan kajian semasa, mengatakan rakyat Malaysia secara purata habiskan masa sekitar 8 jam sehari secara atas-talian. Ini sekaligus memposisikan rakyat Malaysia antara yang paling aktif di rantau Asia Tenggara.
Untuk makluman, perkara ini sedia diperkatakan beberapa kali, dimana pengguna di Malaysia adalah antara yang aktif di arena internet jikalau dibandingkan dengan negara lain.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi turut menekankan yang mana dengan penggunaan aktif, ia turut membawa kepada tanggungjawab seperti perkongsian kandungan yang tepat, tidak terdedah dengan jenayah siber, serta beberapa perkara berkaitan lain. Pihak SKMM sendiri sering melakukan aktiviti mendidik masyarakat melalui kempen Klik Dengan Bijak.
Selain penggunaan internet yang tinggi, rakyat Malaysia juga sebelum ini dilihat agak aktif dalam berbelanja secara atas-talian, sekaligus memperlihatkan potensi tinggi ekonomi digital Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






