Malaysia Oversight

OpenAI: USA Perlu Menambah Sumber Bekalan Tenaga Untuk Bersaing Dengan China Dalam Arena AI

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 2 minute
OpenAI: USA Perlu Menambah Sumber Bekalan Tenaga Untuk Bersaing Dengan China Dalam Arena AI



image 69

OpenAI: USA Perlu Menambah Sumber Bekalan Tenaga Untuk Bersaing Dengan Dalam Arena AI

October 28, 2025
Kecerdasan Buatan

Nazrin

Ia bukan lagi satu rahsia bahawa OpenAI, syarikat pembangun teknologi kecerdasan buatan dari Amerika Syarikat mahu membangunkan sejumlah besar pusat data untuk menjadi syarikat platform AI yang terbesar dan paling maju di dunia.

Dengan Project Stargate, syarikat tersebut dijangka menelan belanja sebanyak $500 bilion menjelang 2030. Ini termasuklah pembinaan infrastruktur yang diperlukan, disamping penggunaan sistem bekalan elektrik dan air yang mencukupi untuk menguasakan pusat-pusat data tersebut.

OpenAI telah menandatangani banyak perjanjian dengan pelbagai syarikat pembekal komponen pusat data seperti Oracle, AMD dan Broadcom untuk projek ini, dan dijangka lebih banyak pelaburan lain akan diperlukan untuk menampung cita-cita menjadi negara dengan kemampuan AI yang terhebat di dunia.

OpenAI baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat perlu menambah 100GW bekalan kuasa elektrik setiap tahun kerana negara tersebut dilihat ketinggalan dari segi pembekalan sumber kuasa untuk menguasakan pusat-pusat data yang akan dibangunkan kelak.

Sebagai contoh, pada tahun lepas, Amerika Syarikat telah menambah kira-kira 50 Gigawatt sumber tenaga elektrik baru dan ini adalah sangat rendah apabila dibandingkan dengan yang telah menambah 429 Gigawatt sumber tenaga elektrik tambahan pada masa yang sama.

Sam Altman, CEO dan pengasas OpenAI mengatakan bahawa “elektron ialah komoditi minyak yang baru” baru-baru ini, mengatakan kebolehan untuk membekalkan tenaga elektrik untuk teknologi-teknologi baru yang dibangunkan akan menentukan siapa yang akan kekal di hadapan di dunia teknologi di masa hadapan.

CNBC

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link