Malaysia Oversight

MP usul sidang tergempar Parlimen, ‘rukyah perjanjian syaitan’ dengan AS

By MkiniBM in October 28, 2025 – Reading time 2 minute
MP usul sidang tergempar Parlimen, 'rukyah perjanjian syaitan' dengan AS


PARLIMEN | Seorang ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul agar Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perjanjian perdagangan timbal balik yang dimuktamadkan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) Ahad lalu.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN – Machang) berkata perjanjian yang dimenterai semasa kunjungan Presiden AS Donald itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan dan kepentingan dasar luar Malaysia 

Dia turut mengkritik dan secara menyindir menyifatkan perjanjian tersebut sebagai “perjanjian syaitan” yang mengandungi “iblis puaka”.

“Saya telah hantar satu usul mendesak Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perjanjian perdagangan timbal balas Malaysia – AS supaya ia memelihara kedaulatan dan kepentingan dasar luar malaysia.

“Seperti mana dibahaskan di ruang awam, perjanjian yang telah dimuktamadkan ini, bagi pandangan ramai pihak, pakar-pakar ekonomi dan PN, amat merugikan kita. Bayangkan kita jemput datang ke rumah kita, kita menari ikut rentak dia. 

“Apabila dia sampai dengan (pesawat) Air Force One, Perdana Menteri kita pun tanpa segan silu menari mengikut . Bagi saya itu bad moment yang kita lihat jelas, sepertimana berlaku dalam rundingan perjanjian yang telah dimenterai ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

714b31cb3d543c9ded747a6f42e278e0

Terdahulu Perdana Menteri Ibrahim dan Trump menandatangani satu perjanjian menyeluruh mengenai perdagangan timbal balik.

Perjanjian itu antara lain menyatakan kadar tarif timbal balik bagi Malaysia dikekalkan pada 19 peratus.

Pada masa sama, Malaysia mendapat persetujuan yang senarai barangan yang dikecualikan daripada tarif tersebut akan kekal berkuat kuasa.

Ini termasuk bagi semikonduktor dan komponen elektronik lain — antara eksport utama Malaysia ke Amerika Syarikat.


PANDUANKINI | Bagaimana perjanjian perdagangan Malaysia-AS jejaskan China


Satu lagi perkara utama dalam perjanjian itu ialah Malaysia tidak akan mengenakan sebarang kuota terhadap eksport mineral kritikal dan nadir bumi ke Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Wan Fayhsal mendakwa perjanjian itu menyaksikan Malaysia ‘serah tengkuk’ kepada AS kerana banyak perkara dalam dokumen perjanjian berkenaan akan merugikan negara.

“Ini (dokumen) ada syaitan dan iblis puaka dalam perjanjian ini, nak kena rukyah dulu baru nampak apa yang tak betul. Tapi nak rukyah macam mana kalau tak ada perbahasan dalam Parlimen,” katanya.

Dia turut menggesa agar tidak melaksanakan perjanjian tersebut sebelum dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Tegasnya, jika speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan perjanjian itu dibahaskan, pembangkang sekali lagi akan membuat himpunan ‘turun ‘.

“Perjanjian ini amat merugikan. Kita seperti serah tengkuk sebab banyak maklumat ada dalam butiran dan dokumen perjanjian ini merugikan negara.

“Kalau tak telus dan tak bagi perbahasan, kami akan bawa puluhan ribu (ke himpunan) turun . Kita akan beritahu rakyat banyak mahkluk halus dalam perjanjian syaitan Trump ini,” kata Wan Fayhsal lagi.


Laporan oleh Hariz Mohd, Alyaa Alhadjri and N Faizal Ghazali



Source link