Malaysia Oversight

Budak empat tahun tunggang basikal maut dilanggar MPV

By MkiniBM in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
Budak empat tahun tunggang basikal maut dilanggar MPV


Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan ketika berbasikal berhampiran surau di Perumahan Rakyat Pak Mahat, di Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli meninggal dunia pada 2.24 pagi tadi, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 6.30 petang ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki berusia 32 tahun dari kawasan perumahan itu menuju ke jalan Tanjung Lumpur.

“Semasa membelok ke kiri, pemandu berkenaan dipercayai melanggar mangsa yang menunggang basikal di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

– Bernama



Source link