Malaysia Oversight

PN akan terus tadbir Perlis bawah kepimpinan Shahidan

By MkiniBM in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
PN akan terus tadbir Perlis bawah kepimpinan Shahidan


Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli menyatakan keyakinannya terhadap masa depan Perikatan Nasional (PN) negeri itu bawah kepimpinan baru penggantinya Shahidan Kassim.

Shukri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Shahidan di media sosialnya pagi ini.

“Semoga dengan pelantikan ini, YB Datuk Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini, sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU ke-16 kelak,” katanya.

Shahidan, bekas pemimpin dan menteri , memainkan peranan besar menumbangkan , yang pernah dipimpinnya, dalam pilihan raya umum lalu.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Azmin Ali mengumumkan senarai pengerusi PN di seluruh negara yang menyaksikan Shukri dan anggota Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah (Pahang) digugurkan.

Saifuddin digantikan oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua pembangkang negeri.

Penukaran Saifuddin dibuat hanya beberapa hari selepas dia mendesak Presiden Bersatu Yassin berundur.

Beberapa pemimpin Bersatu sudah dipecat kerana didakwa melanggar disiplin parti dan dikaitkan dengan gerakan untuk mengetepikan .



Source link