
Meta Dan TikTok Akan Halang Pengguna Berusia Bawah 16 Tahun Di Australia
Aman
Berkuat-kuasa 10 Disember 2025, Australia akan menguat-kuasakan perundangan baharu di negara tersebut, iaitu mengharamkan penggunaan media sosial kepada mereka yang berusia bawah 16 tahun. Ini sekaligus akan memberikan kesan terhadap pelbagai perkhidmatan, termasuk Meta dan TikTok.
Selari dengannya, kini pihak Meta dan TikTok mengatakan mereka akan mematuhi peraturan berkenaan, dan akan buang pengguna yang bawah 16 tahun. Walaubagaimanapun, ia ditekankan yang mana implementasi dan penguat-kuasan untuknya akan sukar.
Di Malaysia, kerajaan turut sedang pertimbangkan untuk pengharaman penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna berusia bawah 16 tahun. Walaubagaimanapun, ia masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi perkembangan dan bilakah ia akan dikuat-kuasa sepenuhnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






