KOTA BHARU: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melalui inisiatif MYAirportCARES Lestari Seni dalam usaha mempertahankan rebana ubi daripada pupus. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JKKN, Rosnan Abdul Rahman berkata, MAHB memperuntukkan sebanyak RM140,000 kepada Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat yang berdaftar dengan JKKN dalam menggerakkan usaha tersebut. Katanya, ia melibatkan kerja-kerja menaik taraf bengkel, membeli peralatan dan melaksanakan program perintis…






