
Amazon Dilaporkan Akan Buang Sekitar 30,000 Pekerja Bahagian Korporat
Aman
Amazon sebelum ini sedia diperkatakan ingin menggantikan sekitar 600,000 pekerja manusia mereka dengan robot dalam beberapa tahun lagi, sekaligus mengurangkan kos operasi dan menjadikan operasi lebih efisien. Tidak setakat itu, kini ia dilaporkan Amazon akan buang sekitar 30,000 pekerja bahagian korporat dalam masa terdekat. Ini dianggarkan melibatkan 10% pekerja korporat dibawah syarikat berkenaan.
Ini sekaligus akan menjadikan ia antara proses pembuangan pekerja yang besar. Antara sektor yang dijangka terkesan adalah termasuk bahagian sumber manusia, operasi, peranti dan perkhidmatan serta lain-lain. Langkah pengurangan pekerja ini dijangka akan melibatkan pelbagai perniagaan dibawah Amazon. Ia turut dikatakan pemberhentian ini adalah lanjutan daripada terlebih mengambil pekerja ketika era pandemik sebelum ini.
Untuk makluman, sebelum ini CEO Amazon pernah dipetik mengatakan dengan perkembangan agen AI, pekerja korporat yang diperlukan adalah lebih rendah. Pelbagai syarikat mula mengambil langkah ke arah ini, sekaligus lebih mengurangkan kos operasi syarikat, dan membolehkan syarikat bergerak lebih laju.
Buat masa ini, pihak Amazon tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






