Malaysia Oversight

SUV Elektrik Terbaru, iCAUR 03 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM145,000

By Amanz in May 8, 2025 – Reading time 2 minute
SUV Elektrik Terbaru, iCAUR 03 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM145,000


SUV Elektrik Terbaru, iCAUR 03 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM145,000

May 8, 2025

Nur Amzari

iCAUR yang merupakan salah satu jenama dibawah payung besar Cherry telahpun melancarkan kereta elektrik terbaru mereka di Malaysia Autoshow iaitu iCAUR 03. Mungkin anda pernah lihat model yang sama sebelum ini tetapi dengan menggunakan nama Jaecoo J6. Di Malaysia, ia akan menggunakan nama iCAUR 03 setelah dijenamakan semula dan akan dijual pada tanda harga bermula RM145,000

323

iCAUR 03 merupakan SUV  yang mempunyai rekaan berkotak dan bersegi yang sangat menarik memberikan kelainan dengan kebanyakan kereta yang ada di jalan raya Malaysia. Elemen rekaan ini juga sedikit berbeza dengan iCAUR V23 yang menggunakan rekaan yang lebih bulat. 

320

Di Malaysia ia hadir dengan varian Pacuan 2 Roda atau 2WD dengan kuasa sebesar 135kW yang menghasilkan tork setinggi 220Nm. Untuk jarak perjalanan ia boleh pergi sehingga 426km NEDC yang dikuasakan oleh bateri sebesar 65.7 kWh LFP. Varian yang kedua iaitu iWD atau Pacuan Roda Pintar menggunakan gabungan motor depan dan belakang dengan kuasa sebanyak 205kW dan 385Nm tork. Bateri sebesar 69.8kWh dimuatkan untuk memberikan jarak perjalanan sehingga 418km NEDC. Dari segi pengecasan, iCAUR 03 boleh mengecas dari 30% ke 80% dalam masa 30 minit dengan pengecasan jenis DC.

322

Antara perkara menarik tentang iCAUR 03 ini adalah penggunaan teknologi sendiri iaitu iCARE,iBRAND dan iROAD yang dapat memberikan gabungan sempurna antara keselesaan dan juga prestasi yang lasak

Untuk bahagian dalamannya, kelihatan sangat mewah dan canggih dengan skrin besar 15.6 inci dibahagian tengah dan digabungkan dengan sistem bunyi 12 speaker INFINITY. Selain itu, ia turut mempunyai ciri-ciri bantuan pemandu lanjutan ADAS tahap 2.5.

319

iCAUR 03 ini akan dijual pada tanda harga bermula RM145,000 untuk varian 2WD dan RM155,00 untuk varian iWD. Tambahan juga, tawaran eksklusif turut diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan di Malaysia Autoshow 2025 ini akan menerima model skala iCAUR 03 apabila anda mendapati kereta ini pada suku ke-3 tahun ini

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link