Malaysia Oversight

Threads Menambah Ciri “Ghost Post” – Perkongsian Yang Hilang Selepas 24 Jam

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
Threads Menambah Ciri “Ghost Post” – Perkongsian Yang Hilang Selepas 24 Jam


Threads Menambah Ciri “Ghost Post” – Perkongsian Yang Hilang Selepas 24 Jam

October 28, 2025
Meta

Aman

Meta sedia menawarkan ciri “Stories” pada Instagram dan “Status” pada WhatsApp yang hilang selepas tempoh 24 jam. Kini, konsep sama turut dibawa ke Threads melalui pengenalan ciri “Ghost Post”.

Untuk menggunakannya, pada aplikasi Threads, ketika sedang menulis, anda akan diperlihatkan dengan sebuah suis untuk aktifkan “Ghost Post”. Sebaik sahaja diaktifkan, perkongsian berkenaan akan diterbitkan dan membawa rekaan paparan perkongsian berbeza dengan latar kelabu, serta garisan ber-dot kelilingnya sebagai sebuah dialog.

Threads Ghost

Perkongsian ini tidak akan memaparkan sebarang balasan, sebaliknya sekiranya sesiapa memilih untuk membalasnya, ia akan terus dihantar ke DM pengguna berkenaan. Selepas tempoh 24 jam, perkongsian berkenaan akan hilang, dan hanya dipaparkan pada bahagian arkib untuk pengguna yang menerbitkan perkongsian berkenaan.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link