Malaysia Oversight

X Ingin Hentikan Penggunaan Nama Domain Twitter.com – Minta Pengguna Tetapkan Kembali Kekunci Sekuriti 2FA

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 1 minute
X Ingin Hentikan Penggunaan Nama Domain Twitter.com – Minta Pengguna Tetapkan Kembali Kekunci Sekuriti 2FA



Twitter

X kini memaklumkan yang mana mereka akan menghentikan penggunaan nama domain Twitter.com tidak lama lagi. Sebagai langkah melaksanakannya, kini pihak X telah mula memaklumkan pengguna, terutamanya yang menggunakan kekunci sekuriti fizikal untuk melakukan tetapan kembali kaedah log masuk kepada nama domain X.com.

Dengan langkah ini, ia akan membuatkan peralihan penuh dan tamatnya penggunaan nama domain Twitter.com yang membawa kepada laman X seperti sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh penamatan penggunaan nama domain berkenaan tidak dinyatakan, dan apakah nama Twitter akan kekal dibawah perkhidmatan lain atau sebaliknya masih menjadi tanda tanya. Namun, untuk pengguna kekunci sekuriti fizikal, anda diberikan masa sehingga 10 November untuk melakukan peralihan ke nama domain X.com.





Source link