Malaysia Oversight

Proses pelantikan doktor, jururawat tetap berjalan lancar, kata SPA

By MkiniBM in October 27, 2025 – Reading time 3 minute
Proses pelantikan doktor, jururawat tetap berjalan lancar, kata SPA


Proses pelantikan tetap doktor dan jururawat sektor awam berjalan lancar dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pengerusi SPA Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata pelantikan berkenaan sebenarnya telah dimulakan lebih awal melalui lantikan secara interim sebelum pelantikan tetap dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kini, SPA melaksanakan pelantikan tetap bagi mereka, jadi tidak timbul sebarang masalah dan proses lancar.

“Proses pelantikan ini juga akan diteruskan dan disegerakan sebaik mungkin seperti yang disarankan oleh ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh.

Turut hadir Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah.

Ahmad Jailani berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini pelantikan 4,500 doktor kontrak yang ditawarkan jawatan tetap seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Katanya SPA melaksanakan pelantikan tetap lebih daripada 3,000 jururawat, melibatkan lantikan baru serta pengesahan jawatan bagi jururawat yang sebelum ini berstatus interim.

“Tiada tempoh perkhidmatan tetap ditetapkan, justeru mana-mana calon yang memenuhi syarat akan dilantik terus ke jawatan tetap tanpa sebarang halangan.

“Pelantikan sementara (interim) juga akan disusuli dengan pelantikan tetap setelah proses penilaian dan syarat-syarat lain di bawah SPA dipenuhi. Segala tuntutan berkaitan telah dan akan dipenuhi dan mereka yang layak akan menerima jawatan tetap,” katanya.

Dia berkata SPA turut menegaskan kaedah pelantikan akan dikaji secara lebih terperinci bagi memastikan kelestarian perkhidmatan kesihatan awam dalam jangka panjang, selaras keperluan semasa dan dasar .

Sementara itu, Ahmad Jailani berkata SPA menggalakkan golongan belia menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai usaha membentuk jati diri dan semangat kenegaraan yang tinggi, selain meningkatkan peluang mereka untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Menurutnya menetapkan kuota khas sebanyak 30 peratus kepada alumni PLKN 3.0 yang menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk dipertimbangkan ke peringkat lanjut.

“Langkah ini merupakan pengiktirafan kepada bekas peserta PLKN 3.0 atas nilai tambah yang mereka miliki, termasuk disiplin, semangat patriotik dan kepimpinan yang diasah sepanjang latihan.

“Pemberian merit khas itu akan memberi keutamaan kepada peserta PLKN dalam proses saringan sehingga ke peringkat temu duga bagi pengambilan ke perkhidmatan awam,” katanya ketika diminta mengulas pemberian kuota 30 peratus kepada alumni PLKN 3.0 dalam proses pertimbangan permohonan pekerjaan di sektor awam.

Dia berkata kerajaan sentiasa membuka peluang kepada semua untuk memohon pelbagai jawatan di bawah SPA, namun kelayakan untuk dipanggil ke temu duga masih bergantung kepada prestasi calon dalam ujian sebagai salah satu komponen utama dalam proses pengambilan penjawat awam.

Dalam pada itu berkenaan program hari ini, Ahmad Jailani berkata pusat temu duga baru di UTC Ipoh itu dibuka bagi memperkukuh kemudahan serta kecekapan proses pengambilan anggota perkhidmatan awam di Perak.

Pusat temu duga berkenaan sebelum ini beroperasi di nombor 29 dan 31 sejak 2016 sebelum dipindahkan ke lokasi baru susulan cadangan penyusunan semula ruang oleh Kementerian Kewangan kepada Majlis Bandaraya Ipoh pada 16 Dis 2023.

Ia bagi meningkatkan keselesaan pengunjung serta kecekapan operasi agensi kerajaan.

Ahmad Jailani berkata pusat berkenaan bukan saja berperanan sebagai lokasi rasmi temu duga, malah menyediakan khidmat runding cara dan penyampaian maklumat secara tepat kepada calon serta orang awam.

Bernama



Source link