
Krafton, Pembangun PUBG Kini Mengubah Hala Tuju Dengan Menfokuskan Menjadi Syarikat Berteraskan AI
Aman
Krafton merupakan syarikat memfokuskan kreatif dan pembangunan permainan video dan terkenal dengan penawaran permainan PUBG. Kini, dengan pelbagai perkembangan memfokuskan kecerdasan buatan, Krafton mengumumkan mereka beralih, mengumumkan visi syarikat menjadi syarikat berteraskan dan mengutamakan kecerdasan buatan.
Melalui visi jangka masa panjang baharu, Krafton ingin berubah menjadi syarikat mengutamakan kecerdasan buatan, dan turut akan mula mengautomasikan pelbagai tugasan dalaman syarikat berkenaan.
Selari dengannya juga, Krafton akan melakukan pelaburan dalam membangunkan infrastruktur yang akan membantu menyokong visi baharu ini. Menjelang pertengahan kedua 2026 kelak, Krafton menyasarkan untuk selesai membangunkan platform AI dan juga integrasi data serta asas automasi, sekaligus membentuk menjadi syarikat berasaskan AI. Sistem sumber manusia dan juga operasi syarikat akan distruktur semula, selari dengan implementasi kecerdasan buatan.
Buat masa ini, perkara yang dikongsikan masih samar-samar, termasuk apakah jenis produk yang bakal diperkenalkan. Mungkin kita perlu melihat menjelang tahun 2026 kelak, bagaimanakah proses penstrukturan dan apakah perkara baharu yang akan diperkenalkan Krafton dibawah visi baharu ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






