Malaysia Oversight

Kes Tuntunan Palsu Menggunakan Resit Janaan AI Meningkat

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 1 minute
Kajian Harvard Mendapati Penggunaan AI Di Tempat Kerja Akan Mengurangkan Produktiviti


Kes Tuntunan Palsu Menggunakan Resit Janaan AI Meningkat

October 27, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Jaga-jaga jika anda bekerja di jabatan sumber manusia kerana kes tuntutan palsu oleh kakitangan semakin meningkat menurut laporan Financial Times. Resit palsu dijana menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) Google dan OpenAI yang kini semakin digalakkan di tempat kerja.

Menurut kajian AppZen, sebanyak 14% tuntunan pada bulan September dilabel sebagai palsu berbanding sifar tahun lalu. Pada waktu yang sama firma Ramp pula mengatakan perisian. pengesanan mereka mengesan tuntunan palsu bernilai $1 juta dalam tempoh 90 hari selepas dilancarkan.

AI Kecerdasan Buatan

Model-model AI kini sudah cukup berkuasa untuk menjana imej yang kelihatan cukup realistik berbanding setahun lalu. Model Gemini Nano Banana ialah antara yang tular kebelakangan ini kerana boleh menjana imej peminat dengan idola yang sukar dibezakan. Sementara itu video janaan OpenAI Sora pula kini membanjiri media sosial sehingga membohongi majoriti pengguna.

Semasa teknologi AI diumumkan kurang lima tahun lalu, kita dijanjikan masa depan tugas memproses dokumen di tempat kerja dapat diringkaskan, emel dijawab dengan pantas dan analisa boleh dilakukan dalam masa beberapa saat. Tetapi kini ia disahkan hanya mewujudkan workslop yang menambah kerja untuk memeriksa fakta dan membantu kakitangan tidak jujur berbohong mengenai perbelanjaan harian pula.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link