Malaysia Oversight

RM20.3 juta bagi naik taraf jalan berhampiran Felda Nenering

By MkiniBM in October 27, 2025 – Reading time 1 minute
RM20.3 juta bagi naik taraf jalan berhampiran Felda Nenering


PARLIMEN l memperuntukkan RM20.33 juta bagi menaik taraf Jalan Persekutuan FT1157 berhampiran Felda Nenering, Pengkalan Hulu di Gerik, Perak di bawah dana khas Kementerian Kewangan untuk kawasan Felda.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata laluan itu kini siap diturap sepenuhnya, sekali gus memperkukuh akses penduduk di kawasan sempadan dan penempatan Felda.

“FT1157 itu ia berhampiran Felda Nenering di Pengkalan Hulu dalam kawasan Gerik. Kita telah peruntukkan RM20.336 juta dan telah siap dilaksanakan…jalan itu dah warna hitam semuanya, bererti dah diturap semula,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (-Tenggara) mengenai peruntukan khas serta projek lain oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di kawasan sempadan.

Ahmad berkata antara projek lain yang dilaksanakan termasuk menaik taraf jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok kepada empat lorong, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam serta jalan Persekutuan FR21 dari Serian ke Tebedu hingga ke sempadan Indonesia.

– Bernama



Source link