Malaysia Oversight

Penyelidik Memperlihatkan Komputer Yang Dikuasakan Cendawan

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 2 minute
Penyelidik Memperlihatkan Komputer Yang Dikuasakan Cendawan


Penyelidik Memperlihatkan Komputer Yang Dikuasakan Cendawan

October 27, 2025
Sains

Nazrin

Jika anda membesar dengan cerita dan berita mengenai teknologi, anda pastinya pernah mendengar jenaka tentang bagaimana kentang boleh digunakan untuk menggerakkan sistem operasi Linux. Terkini, sekumpulan penyelidik telah mengambil jenaka tersebut, dan telah membina sebuah “komputer” menggunakan cendawan.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Ohio telah membangunkan sebuah komputer neuromorphic menggunakan cendawan shiitake yang mana menurut abstrak penyelidikan memiripi operasi otak.

image 65

Secara lazimnya, sebuah komputer neuromorphic akan memerlukan banyak komponen-komponen yang sukar untuk dihasilkan yang memerlukan unsur nadir bumi yang sukar untuk didapati, dan lebih sukar untuk dihasilkan.

Dengan penyelidikan ini, cendawan shiitake telah digunakan sebagai komponen memristor atau perintang memori yang diperlukan untuk komputer ini. Cendawan shiitake dipilih kerana saiznya yang besar dan mengandungi rangkaian mycelium iaitu sel-sel yang secara lazimnya digunakan untuk mengalirkan zat nutrien ke keseluruhan cendawan.

Setelah cendawan ini ditumbuh ke saiz yang dikehendaki, ia kemudiannya disejatkan dan dihidratkan kembali ke tahap yang mencukupi untuk aliran konduktiviti elektrik yang mencukupi untuk “menguasakan” komputer ini.

image 66

Apabila digunakan sebagai memori RAM, kelajuan memristor cendawan ini dlihat mencapai 5.8kHz dengan kejituan 90 ± 1 peratus. Pihak penyelidik mengatakan bahawa memristor cendawan ini hadir dengan banyak aplikasi untuk sektor-sektor teknologi seperti aeroangkasa, sistem komputer kecil dan industri yang memerlukan aplikasi dengan penggunaan tenaga elektrik rendah.

Bukan itu sahaja, memristor ini juga dilihat tahan lasak dan tidak akan terkesan oleh sebarang serangan radiasi. Ia juga berpontensi mengurangkan kebergantungan terhadap unsur nadir bumi. Buat masa ini nampaknya penyelidikan masih lagi terus berjalan untuk menggunakan cendawan ini sebagai satu alternatif kepada bahan komponen komputer.

Ohio State University

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link