Malaysia Oversight

Menteri Chatbot AI Algeria Akan “Melahirkan” 83 Anak-Anak AI

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 1 minute
Menteri Chatbot AI Algeria Akan “Melahirkan” 83 Anak-Anak AI


Menteri Chatbot AI Algeria Akan “Melahirkan” 83 Anak-Anak AI

October 27, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

September tahun ini, Algeria mengumumkan pelantikan Diella, menteri chatbot kecerdasan buatan (AI) pertama dunia yang dibangunkan khusus untuk membasmi penyelewengan dalam pemberian kontrak . Kerana ia sebuah chabot AI dan bukannya manusia, keputusan Diella tidak boleh dipengaruhi dengan rasuah atau diancam nyawanya untuk memaksa kontrak diberikan.

Diella Menteri AI
Diella

Minggu ini Perdana Menteri Algeria, Edi Rama mengatakan Diella kini “hamil” dan bersedia untuk melahirkan 83 anak-anak AI yang akan membantu 83 ahli parlimen untuk melakukan tugasan. Anak-anak Diella ini akan memberikan rumusan perbincangan di dalam dewan sekiranya terlepas sesi perbahasan misalnya.

Penggunaan AI dalam pentadbiran juga akan dipertingkatkan melangkaui skop asal Diella memantau pemberian kontrak. PM Rama berkata, ia juga akan diperluaskan ke sektor lain, termasuk keselamatan makanan dan kawalan produk menerusi anak-anak Diella. Kesemua sistem AI ini akan digunakan di Algeria menjelang penghujung 2026.

TVKlan.al

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link