EA Dan Stability AI Bekerjasama Dalam Memudahkan Pembangunan Permainan Melalui Penjanaan AI
Aman
Electronic Arts atau EA kini mengumumkan kerjasama dengan pembangun model kecerdasan buatan, Stability AI, dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam membangunkan model kecerdasan buatan yang dioptimasikan untuk pembangunan permainan.

Kerjasama ini akan memperlihatkan pembangunan pelbagai sokongan dan aliran kerja yang dioptimasikan melalui penggunaan kecerdasan buatan, meliputi pelbagai fasa dan proses pembangunan permainan. Ini sekaligus dijangka akan mempercepatkan lagi pembangunan permainan video berbanding hari ini.
Secara tidak langsung juga, perkara ini dilihat akan membentuk proses kreatif baharu dalam kalangan pembangunan dan perekabentuk permainan. Ini juga dijangka akan membantu pembentukan konsep dan visual lebih pantas dan pada tahap lebih besar berbanding sebelum-sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






