Malaysia Oversight

Protes anti-Trump kedua berakhir tanpa sebarang insiden

By MkiniBM in October 26, 2025 – Reading time 1 minute
Protes anti-Trump kedua berakhir tanpa sebarang insiden


Protes kedua ke atas Presiden Amerika Syarikat Donald berakhir petang tadi tanpa sebarang insiden.

Diadakan di sekitar Ampang Park, protes bermula pada jam lima petang dan berakhir kira-kira pada jam 6.45 petang.

Menurut laporan FMT, protes itu dihadiri kira-kira 200 peserta dengan kawalan anggota polis.

Dalam kenyataan, Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus menyuarakan penghargaan kepada penganjur, Sekretariat Bantah kerana mengekalkan ketenteraman sepanjang protes diadakan.

Pada pagi tadi, satu protes anjuran beberapa kumpulan masyarakat sivil yang sepatutnya diadakan di Ampang Park terpaksa berpindah ke Dataran Merdeka susulan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean yang berlangsung di Kuala Lumpur hingga 28 Okt.

Acara itu antara lain akan menyaksikan penyertaan pemimpin negeri negara besar dunia yang menjadi rakan dialog utama Asean, termasuk , Jepun, India, Brazil dan AS.



Source link