Malaysia Oversight

Dua maut, enam cedera dalam nahas dua kenderaan

By Utusan in October 26, 2025 – Reading time 1 minute
Dua maut, enam cedera dalam nahas dua kenderaan


KOTA TINGGI: Dua dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Surau Ar-Rahman Kampung Sentosa, Batu Dua, Jalan Sedili Besar di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd. Shawaluddin Ami Nordin berkata, turut cedera dalam kemalangan itu adalah enam lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak.

Katanya, kedua-dua mangsa yang adalah pemandu Proton Waja dan Perodua Alza.

“Setibanya Pasukan keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya. Terdapat lima mangsa di dalam kereta Perodua Waja iaitu dua lelaki dewasa serta tiga kanak-kanak.

“Empat mangsa yang menaiki Proton Waja cedera, manakala lelaki berumur 70 tahun disahkan meninggal dunia. Di dalam Perodua Alza terdapat tiga mangsa iaitu lelaki dewasa, yang mana pemandu berumur 28 tahun disahkan meninggal dunia. Dua lagi mangsa cedera berumur 29 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan dan Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut. – UTUSAN





Source link