KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmão menyantuni pengamal media dengan memberi gula-gula di luar dewan Sidang Kemuncak ASEAN. Gusmão sempat bertanya pihak media yang dilihat beliau seperti belum sempat makan. “Muka anda kelihatan lapar (sambil menyeluk poket) saya nak berikan sesuatu yang manis dan awak juga (wartawan)?. “Nah (untuk awak),” katanya kepada pihak media sebelum menghadiri sesi makan tengahari bersama pemimpin ASEAN lain sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat…






