Malaysia Oversight

Dihalang di Ampang Park, protes anti-Trump bergema di Dataran Merdeka

By MkiniBM in October 26, 2025 – Reading time 2 minute
Dihalang di Ampang Park, protes anti-Trump bergema di Dataran Merdeka


Ketika Kuala Lumpur menyambut ketibaan ketua-ketua dari seluruh dunia – termasuk Donarld – pada hari ini, sekumpulan rakyat Malaysia tampil membantah kehadiran Presiden AS berkenan.

Sekitar 100 peserta berkumpul di Dataran Merdeka di tengah kota raya pagi ini untuk menghadiri himpunan membantah kehadiran dan menunjukkan solidariti dengan nasib rakyat Palestin.

Pengerusi kumpulan advokasi pembebasan Palestin, Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Nazari Ismail, berkata potes yang asalnya dirancang di Ampang Park terpaksa ditukar lokasi ke Dataran Merdeka berikutan sekatan pihak berkuasa.

“Walaupun terkilan dengan perkara itu, protes berkenaan tetap diteruskan kerana menjadi satu matlamat untuk menyampaikan mesej kita.

“Kami diberitahu pada saat-saat akhir bahawa kita kena tukar lokasi. Bukan senang untuk beritahu kepada umum bahawa lokasi berubah.

“Jadi kita terpaksa pindah buat di sini (Dataran Merdeka). Walaupun kehadiran tak ramai seperti diharapkan tetapi kita yakin mesej yang kita nak ketengahkan akan sampai,” katanya ketika ditemui media.

89bffe86ca0e82e8ba2dd135f24e6661
Keadaan Ampang Park tenang dengan kawalan anggota keselamatan

Nazari berkata, apa yang lebih penting ialah penyampaian mesej kepada masyarakat umum dalam usaha memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Yang penting kita jelaskan mesej bahawa bahawa kita benci kepada polisi AS, benci kepada yang masih lagi menyokong Israel secara membuta-tuli.

“Kita kena jelaskan bahawa Malaysia tidak akan bertolak-ansur kerana ratusan ribu rakyat Palestin terbunuh dan kita jangan fikir soal ekonomi sahaja,” katanya.

Trump tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean yang berlangsung di Kuala Lumpur hingga 28 Okt. Acara itu antara lain akan menyaksikan penyertaan pemimpin negeri negara besar dunia yang menjadi rakan dialog utama Asean, termasuk , Jepun, India, Brazil dan AS.

eac467fac04e385caf6dae3fd3902afa

Sementara itu Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Rajah Bahrin Shah Raja Ahmad, menegaskan betapa kehadiran Trump tidak mustahil bertujuan untuk memperok-perandakan Asean.

“Kita tahu beberapa negara di Asean amat rapat dan bergantung besar kepada AS dan wujud persengketaan dengan .

“Kita kelihatan kuat secara ekonomi dan kesatuannya dan di situlah perlu kita berhati-hati dan berwaspada mengingatkan pemimpin kita sama ada Perdana Menteri Ibrahim dan Presiden Indonesia yang mewakili rakyat terbesar di dunia supaya berwaspada dengan taktik-taktik Trump untuk mempengaruhi Asean,” katanya.

Tambah bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, apa yang berlaku di negara-negara Arab khususnya di Palestin sudah cukup memberi gambaran sebenar.

20a71818898a50dbfbba097223b17f38
Raja Bahrin Shah Raja Ahmad

“Sudah cukup mereka memporak-perandakan negara-negara Arab khususnya Palestin.

“Kerana itu kita mesti terus menunjukkan bantahan secara terbuka dan lantang tentang kehadiran Trump di sini.

“Walaupun kehadirannya adalah hanya atas kapasiti rasmi, tetapi rakyat Malaysia tidak bersetuju. Kita akan teruskan bantahan,” tegas Raja Bahrin lagi.



Source link