Malaysia Oversight

Trump naikkan 10 peratus lagi tarif terhadap Kanada

By Utusan in October 26, 2025 – Reading time 2 minute
Trump naikkan 10 peratus lagi tarif terhadap Kanada


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald mengumumkan beliau akan menaikkan tarif terhadap barangan Kanada sebanyak 10 peratus lagi.

Keputusan ini dibuat susulan kempen iklan antitarif yang disiarkan oleh Kanada, yang memaparkan bekas Presiden Ronald Reagan.

Pengumuman tersebut dibuat dua hari selepas menyatakan beliau mahu menamatkan semua rundingan perdagangan dengan Kanada berikutan iklan tersebut yang dianggapnya “palsu” dan “menyesatkan”.

“Iklan mereka sepatutnya ditarik balik SEGERA, tetapi mereka membiarkannya disiarkan semula malam tadi semasa World Series, walaupun mereka tahu bahawa ia adalah PENIPUAN,” kata melalui platform media sosialnya, Truth Social.

Menurut Trump, tindakan yang diambil oleh Kanada adalah satu bentuk “pencerobohan yang bermusuhan”.

Iklan tersebut memaparkan petikan dari ucapan radio yang disampaikan oleh Reagan pada tahun 1987, menyaksikan beliau memberi amaran mengenai kesan buruk tarif tinggi terhadap ekonomi AS.

Petikan tersebut menyatakan tarif tinggi akhirnya akan membawa kepada pembalasan oleh negara asing dan mencetuskan perang perdagangan yang sengit.

Yayasan Ronald Reagan, dalam satu kenyataan di laman X, mendakwa Ontario menggunakan “audio dan video terpilih” dalam iklan itu dan kini menilai langkah-langkah undang-undang yang boleh diambil.

Ontario mengumumkan mereka akan menarik balik iklan tersebut pada hari Isnin, namun ia akan disiarkan semula pada malam Sabtu semasa permainan kedua World Series.





Source link