KUALA LUMPUR: Himpunan Aman Bantah Trump yang sepatutnya berlangsung di Ampang Park di sini hari ini berubah lokasi ke Dataran Merdeka susulan penutupan jalan dan sebarang akses ke kawasan berkenaan oleh pihak polis. Wakil penganjur dalam kenyataan berkata, walaupun pihak polis menutup semua akses ke Ampang Park namun himpunan tersebut akan tetap diteruskan. “Tindakan menutup semua laluan menuju ke Ampang Park disifatkan sebagai keras dan tidak menghormati hak asasi rakyat…






