
OpenAI Dilaporkan Sedang Bangunkan Sokongan Untuk Jana Muzik
Aman
OpenAI pada hari ini sedia menawarkan sokongan untuk menjana teks, gambar dan juga video. Terbaru, ia dilaporkan OpenAI telah memulakan langkah dalam membangunkan model kecerdasan buatan yang akan membolehkan penjanaan muzik atau audio dengan mudah melalui input berasaskan teks.
Pada hari ini, salah satu syarikat terkenal dengan penawaran sedemikian adalah Suno. Ia membolehkan pengguna memberikan arahan dan input dalam bentuk teks, dan seterusnya ia akan menjana lagu dan muzik bersesuaian. Ramai penerbit kandungan YouTube yang menggunakan Suno dalam menjana lagu latar untuk video mereka.
Dengan OpenAI menawarkan model sedemikan, ia akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi apakah bentuk kandungan yang akan digunakan untuk melatih model berkenaan. Ia dikatakan OpenAI bekerjasama dengan pelajar muzik Juilliard School dalam menyediaka nota muzik untuk melatih model berkenaan. Namun, ia tidak diketahui turut melibatkan kandungan muzik dan audio daripada pihak lain atau tidak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini, dan adakah ia akan dapat menyaingi Suno dan lain dalam arena sama.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






