KES buli di sekolah dan institusi pendidikan tinggi (IPT) semakin membimbangkan apabila saban tahun ada sahaja insiden baharu dilaporkan. Ada mangsa yang mengalami kecederaan fizikal, tidak kurang juga yang terkesan dari sudut emosi hingga menjejaskan masa hadapan. Lebih menyedihkan, ada kes yang berakhir dengan tragedi. Fenomena ini menunjukkan isu buli seolah-olah tiada kesudahan meskipun pelbagai usaha dilakukan. Sehubungan itu, perubahan pendekatan dalam menangani masalah buli perlu segera dilaksanakan. Tidak cukup…






