PUTRAJAYA: Jemaah Menteri semalam memutuskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap garis panduan sedia ada membabitkan penganjuran acara yang melibatkan penyajian arak di dewan sekolah seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kementerian Pendidikan. Namun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut tentang garis panduan berkenaan. “Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa garis panduan serta amalan sedia ada adalah…






