Malaysia Oversight

Hamzah dicantas, diseret ke lembaga disiplin

By MkiniBM in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
Hamzah dicantas, diseret ke lembaga disiplin


Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipecat, Wan Saiful Wan Jan mendakwa Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin turut diheret ke lembaga disiplin parti dalam apa yang disifatkannya sebagai usaha mencantas kepimpinan yang cuba menyatukan semula parti.

Wan Saiful berkata tindakan itu menunjukkan ada pihak dalam Bersatu yang mahu menyingkirkan Hamzah daripada struktur parti.

“Ahli parti nampak sepenuhnya bahawa yang menghidupkan parti sekarang adalah Datuk Seri Hamzah, yang menyatakan parti sekarang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Tapi yang nak ambil manfaat ialah orang lain yang cuba nak mencatas dia daripada struktur dalam parti sampai Datuk Seri Hamzah Zainuddin sendiri dipanggil Lembaga Disiplin.

e4aae90968bf8125fa7966554c1a4a9c

“Mana akal apa yang dibuat ini… ini yang perlu difikirkan,” katanya melalui siaran podcast PODaBoom kendalian Terence Fernandez dan Ahiruddin Atan, .

Turut menjadi panel dalam siaran audio tersebut ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menegaskan masa telah tiba untuk “mengambil kembali” Bersatu daripada kumpulan tertentu yang didakwa merosakkan parti dari dalam.

Katanya tindakan terhadap Hamzah petanda suara yang cuba memperbetulkan haluan parti kini semakin ditekan.

ddba1d4560f70b0f3ef02377cd3e87c5

Dalam podcast sama, Wan Ahmad Fayhsal mengkritik kenyataan bekas ketua setiausaha sulit , Marzuki Mohamad, yang mempertahankan keputusan bekas bosnya menolak perpaduan atas alasan DAP tidak diterima orang Melayu.

Menurut Wan Fayhsal, keputusan itu menyebabkan PN kehilangan peluang berunding dengan selepas pilihan raya umum ke-15.

“Orang politik dan penganalisis politik berbeza pemikiran dan tindak tanduk… kita nak buy more time untuk runding balik dengan , tak semestinya kita kena duduk dengan DAP.

“We can get good deal dengan masa tu. Actually during that period negotiation was happening… not with DAP, with BN,” katanya.

90b9724a84845d05153cce8665d2aba7

Tambahnya lagi, jika rundingan dengan BN berjaya, DAP berkemungkinan besar tidak akan menjadi sebahagian daripada .

Sebelum ini, Marzuki Mohamad mempertahankan keputusan Presiden Bersatu menolak cadangan penubuhan perpaduan, dengan menegaskan langkah itu selari dengan dasar parti yang menolak kerjasama dengan DAP.

“Adakah ini salah? Tidak salah. Kenapa? Sebab telah menjadi dasar Bersatu untuk tidak bekerjasama dengan DAP. Presiden bertindak mengikut dasar parti.

“Adakah Tan Sri bertindak secara bersendirian? Tidak.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

“Turut bersama Tan Sri dalam sesi menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu ialah Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden ,” katanya pada satu hantaran di Facebook.



Source link