Malaysia Oversight

‘Bomoh apa Azmin pakai, jadi anak emas Muhyiddin’

By MkiniBM in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
'Bomoh apa Azmin pakai, jadi anak emas Muhyiddin'


Bekas ahli parlimen Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyindir hubungan rapat antara Mohamed Azmin Ali dan Presiden Bersatu, Yassin, dengan mendakwa bekas menteri hal ehwal ekonomi itu merupakan “anak emas” dalam parti yang mendapat segala keistimewaan.

Wan Saiful secara berseloroh menyoal “bomoh apa” yang digunakan Azmin sehingga begitu disayangi oleh .

“Sehingga dulu Tan Sri sanggup ketepikan hiraki parti secara keseluruhan, hari ini sanggup hilang begitu ramai pejuang awal dalam parti semata-mata nak pertahankan Azmin Ali,” katanya pada siaran audio podcast PODaBoom bersama pengacara Terence Fernandez dan Ahiruddin Atan.

Turut hadir dalam rakaman itu ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang juga menjadi panel bersama.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Wan Saiful turut mendakwa ketika pentadbiran bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, Muhyiddin mencadangkan Azmin sebagai calon timbalan perdana menteri daripada Bersatu.

“…menamakan Azmin Ali (calon timbalan perdana menteri) tu pun Tan Sri (Muhyiddin) tak bawa dalam majlis tertinggi…

“Banyak keputusan-keputusan yang dibuat tak bincang dengan kami dalam majlis tertinggi, tiba-tiba jalan,” tambahnya.

Apabila ditanya mengenai keistimewaan Azmin dalam parti, Wan Saiful menjawab: “Saya pun tak tahu apa yang specialnya (Azmin).”

252c7389a0892ca8545d6a145143eb55

“Kalau benar (guna) bomoh, saya nak pergi jumpa juga… akar umbi Bersatu sampai hari ini tak boleh terima hakikat Azmin dapat kedudukan istimewa dalam Bersatu, sehingga Tan Sri sanggup melantik Azmin sebagai setiausaha agung Perikatan Nasional (PN)…

ni tak berapa selesa dengan Azmin,” dakwa Wan Saiful.

Menurutnya pernah menghantar surat kepada Muhyiddin untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan jawatan utama dalam PN tanpa sebarang rundingan rasmi.

“Istimewa sungguh Azmin ni, saya nak tahu lah bomoh apa dia guna,” kata Wan Saiful lagi.

9755ed623cb8b2143adb84131761699e

Kenyataan itu muncul hanya seminggu selepas Bersatu memecat Wan Saiful pada 14 Oktober lalu manakala Wan Ahmad Fayhsal digantung keahlian selama satu penggal.

Kedua-duanya merupakan antara enam ahli Bersatu yang dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa melanggar peraturan parti.

Empat lagi yang dipecat ialah Mohd Azrudin Md Idris (Bahagian Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

Menurut Lembaga Disiplin Bersatu, tindakan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis berhubung pelanggaran perlembagaan dan tatakelakuan parti.

73212ad1d398505e8e4d5467e85f8e7f

Dalam perbualan sama, Wan Saiful mempertikaikan hala tuju Muhyiddin dalam mengemudi parti selepas ramai ahli asal disingkirkan.

“Yang kita kena tanya Tan Sri nak bawa ke mana sebenarnya (Bersatu),” katanya.

Tambahnya lagi, Muhyiddin bukan lagi sosok sesuai untuk memimpin PN menghadapi PRU-16, memandangkan dia kini berdepan pelbagai isu termasuk kes mahkamah yang sedang berjalan.



Source link