Malaysia Oversight

Selangor akan bina rumah baru untuk penduduk Kg Papan

By MkiniBM in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


akan membina rumah baru untuk penduduk Kampung Papan, Pandamaran, Klang yang sedang berdepan pengusiran.

Anggota parlimen kawasan itu Leong Tuck Chee berkata rumah baru untuk 181 keluarga itu akan dibina oleh sebuah anak syarikat negeri, yang tidak dinamakan.

Bagi tujuan itu, katanya, negeri meminta pemaju menyediakan sebidang tanah seluas lima ke tujuh ekar. 

Pembinaan akan dibuat mengikut konsep ‘Rumah Idaman’ dengan keluasan 1,000 hingga 1,050 kaki persegi.

“Kerajaan negeri tidak berjanji untuk memberi sepenuhnya fasiliti atau sebarang fasiliti,” katanya.

06cefa4bb5d503a55e78cf876813b49c
Demo penduduk di Shah Alam semalam

Dia juga berkata keluarga yang layak perlu membeli dengan harga potongan sebanyak 50 peratus daripada harga pasaran.

Leong antara yang terlibat dalam perbincangan dengan wakil penduduk, exco perumahan Borhan Aman Shan dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memperjuangkan kebajikan penduduk di situ, semalam.

Semalam, penduduk yang diberikan masa sehingga 27 Oktober depan untuk mengosongkan rumah, mengadakan tunjuk perasaan di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Shah Alam.

Kerajaan hari ini menegaskan bahawa kerja-kerja perobohan Kampung Papan dihadkan kepada rumah dan premis perniagaan yang kosong.



Source link