Nike Menghasilkan Kasut Robotik Project Amplify Untuk Larian Lebih Pantas
Effi Saharudin
Kelangkapa sukan yang baik boleh membantu atlet memecahkan rekod dunia. Malahan kasut Nike Alphafly telah diharamkan daripada acara sukan kerana plat besi pada tapak dilihat seperti mengelat menerusi doping mekanikal. Walaupun kasut mereka telah diharamkan, Nike kini telah menghasilkan Project Amplify yang merupakan kasut robotik yang membolehkan pemakai berlari lebih pantas.

Ia dipasang pada betis dengan ia memberikan bantuan ketika berlari. Nike mengatakan Project Amplify ialah seperti sepasang otot betis tambahan yang memberikan kuasa untuk bergerak lebih pantas. Ia tidak dibangunkan untuk atlet profesional mengelat tetapi adalah mereka yang ingin berlari lebih pantas. Data daripada 400 orang atlet yang dikumpul selama beberapa tahun digunakan oleh Project Amplify.
Dengan Project Amplify, pemakai boleh berlari jarak 1 batu dalam masa 10-12 minit. Projek ini masih diteruskan dan akan terus dimajukan oleh Nike sebelum ditawarkan kepada orang ramai di masa akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






