Malaysia Oversight

Microsoft Copilot Dikemaskini Dengan Ciri Memori, Kolaborasi dan Avatar Comel Mico

By Amanz in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
Microsoft Copilot Dikemaskini Dengan Ciri Memori, Kolaborasi dan Avatar Comel Mico


Microsoft Copilot Dikemaskini Dengan Ciri Memori, Kolaborasi dan Avatar Comel Mico

October 24, 2025
Microsoft

Effi Saharudin

Minggu lalu Microsoft memberikan kemas kini kepada Windows 11 dengan kemampuan untuk pengguna berbual dengan komputer Copilot+ PC mereka. Visi Microsoft ialah dalam masa terdekat, komputer WIndows 11 boleh dikawal dengan hanya menggunakan arahan suara pengguna. Pagi ini mereka memperkenalkan beberapa ciri baharu yang akan diberikan bersama Copilot Fall Release.

microsoft copilot Fall Release 2025 A

Pertama sekali ialah Copilot kini diberikan ciri memori untuk mengingati semua interaksi yang pernah dilakukan bersama pengguna. Dengan ini ia boleh memberikan maklumat yang relevan dan tepat tanpa pengguna perlu mengulangi pertanyaan beberapa kali. Ini diletakkan di bawah ciri Memory & Personalization yang boleh memberikan peringatan hari lahir, ulang tahun dan juga mesyuarat penting yang perlu dihadiri.

Dengan bantuan ciri Connectors, Copilot boleh diberikan akses kepada OneDrive, Outlook, Gmail, Google Drive, dan Google Calendar. Carian maklumat dan dokumen boleh dilakukan Copilot merentasi pelbagai perkhidmatan berbeza ini.

Copilot juga dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat apabila melakukan carian mengenai kesihatan. Ia akan menggunakan sumber Harvard Health supaya pengguna tidak menerima nasihat yang boleh mendatangkan mudarat.

Groups pula membolehkan Copilot digunakan secara berkumpulan sehingga 32 pengguna serentak. Proses mencari idea, menulis, merancang dan belajar boleh dilakukan serentak bersama kawan, rakan kuliah atau teman sepejabat. Selepas sesi perbincangan tamat, Copilot boleh memberikan ringkasan perbincangan, keputusan undian dan juga membahagikan tugasan kepada semua peserta Goups.

Microsoft Copilot Mico

Akhir sekali Copilot kini mempunyai avatar comel Mico yang berinteraksi dengan pengguna apabila bercakap. Ia kelihatan seperti gelembung air yang berubah bentuk semasa bercakap. Ia adalah kesinambungan kepada Clippy dan Cortana yang dahulunya menjadi avatar pembantu maya Microsoft. Selain menjadi pembantu maya, Copilot juga boleh menjadi pengajar menerusi mod Learn Live.

Kesemua ciri yang diperkenalkan Copilot Fall Release pada waktu ini hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu sebelum diberikan pula kepada pengguna UK secara berperingkat dalam minggu mendatang.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link